Make your own free website on Tripod.com

V-Zam's Ice-blended

Skim Pinjaman Perniagaan

Home | Thank you | Money Back Guarantee!! | Pendaftaran | Renungan | Francais | Sabah, Sarawak & Brunei | Photo | Pendapatan Lumayan | Cari Duit di Internet | Produk | Pertanyaan | Contact Us | Carta Organisasi | Lesen Perniagaan

letterheadvzam.jpg

VZamEnterprise                                                                                                                                  

17 Jalan 11,

TamanPutra                                                                                                                                 68000 Ampang

Selangor Darul Ehsan

bendera.gif

Link to Pinjaman Tekun

Link to Pembiayaan Kementerian Pembanggunan Usahawan

Kelayakan Asas
Penjaja dan peniaga/ pengusaha kecil yang memenuhi syarat-syarat berikut adalah layak untuk memohon :
Bumiputera dan berumur 18-60 tahun.
Mempunyai lesen /permit/daftar perniagaan yang sah.
Mempunyai tempat perniagaan yang khusus.
Terlibat secara langsung dan sepenuh masa dalam perniagaan.
Tidak mempunyai rekod pinjaman yang tidak baik dengan mana-mana Institusi Kewangan atau Agensi Kerajaan.
Pinjaman perniagaan sedia ada tidak melebihi RM20,000.00.
Semua penjaja dan peniaga/pengusaha kecil yang memenuhi kelayakan asas pemohon adalah layak memohon. Antara jenis aktiviti /premis perniagaan yang diberi keutamaan adalah seperti berikut :-
Gerai Tetap Seperti gerai pasar, gerai menjual makanan dan minuman dan gerai menjual barang-barang keperluan harian.
Gerai Bergerak Seperti pasar malam, pasar tani, pekan sehari, pasar tamu dan lori/van bergerak.
Kedai Tetap
Seperti restoran dan kedai-kedai yang menjual barang-barang runcit, pakaian, pinggan mangkuk, keperluan dan perkakas dapur, kraftangan, perhiasan, ubat-ubatan tradisional, buku/majalah/akhbar dan alat telekomunikasi.
Perniagaan Perkhidmatan Seperti jahitan, salon rambut/kecantikan, studio gambar, kerja kimpalan, pendawaian, bengkel motor, mekanik radio/TV, membaiki peralatan elektrik, pengiklanan dan membuat papan tanda, membaiki kasut, tuisyen dan taman bimbingan kanak-kanak. 
Perkhidmatan Pengangkutan Seperti pengusaha lori kecil, bas sekolah, bas kilang dan kereta sewa.
Pembuatan Seperti industri kecil memproses makanan ringan, makanan basah dan kering, pembuatan sos cili/tomato/tiram/kicap dan kuih-muih. 
Nilai pinjaman yang ditawarkan adalah seperti berikut:-
i) Pinjaman kali pertama dari RM1,000.00-RM10,000.00 
ii) Pinjaman kali kedua dan seterusnya dari RM1,000.00-RM20,000.00 

Pinjaman kedua dan seterusnya hanya akan dipertimbangkan kepada usahawan yang mempunyai rekod baik bayaran pinjaman terdahulu.

Cara Memohon
 
1. Hubungi Pegawai TEKUN kawasan yang terdekat untuk mendapatkan maklumat dan Borang Permohonan (YTN-1)
2.

Kemukakan borang permohonan yang telah dilengkapkan kepada Pegawai TEKUN Kawasan bersama-sama dengan dokumen berikut :-

i. Gambar Pemohon (2 keping)

ii. Salinan Kad Pengenalan Pemohon dan Pasangan (suami/isteri).

iii. Salinan Lesen/Permit/Pendaftaran Perniagaan.

3. YTN tidak melantik agen/wakil/orang tengah dalam urusan pinjaman TEKUN. Borang permohonan adalah percuma dan tidak dikenakan sebarang bayaran semasa membuat permohonan.
4. Sila hubungi Pejabat TEKUN Kawasan sekiranya tiada maklumbalas selepas 14 hari dari tarikh penyerahan permohonan.
HOTLINE 24 jam : h/p: 013-260 2936 / 019-220 4543 
 
 : Francais_VZAM@yahoo.com