VZamEnterprise
17 Jalan 11,
TamanPutra
68000 Ampang Selangor Darul Ehsan
Link to Pinjaman Tekun
Link to Pembiayaan Kementerian Pembanggunan Usahawan
Kelayakan Asas |
Penjaja dan peniaga/ pengusaha
kecil yang memenuhi syarat-syarat berikut adalah layak untuk memohon : |
|
Bumiputera dan
berumur 18-60 tahun. |
|
Mempunyai lesen /permit/daftar
perniagaan yang sah. |
|
Mempunyai tempat perniagaan
yang khusus. |
|
Terlibat secara langsung dan sepenuh masa dalam
perniagaan. |
|
Tidak mempunyai rekod pinjaman
yang tidak baik dengan mana-mana Institusi Kewangan atau Agensi Kerajaan. |
|
Pinjaman perniagaan sedia ada
tidak melebihi RM20,000.00. | |
Semua penjaja dan peniaga/pengusaha kecil yang
memenuhi kelayakan asas pemohon adalah layak memohon. Antara jenis aktiviti /premis perniagaan yang diberi keutamaan adalah
seperti berikut :- |
Gerai
Tetap |
Seperti gerai pasar,
gerai menjual makanan dan minuman dan gerai menjual barang-barang keperluan harian. |
Gerai Bergerak |
Seperti pasar malam, pasar tani,
pekan sehari, pasar tamu dan lori/van bergerak. |
Kedai Tetap |
Seperti restoran dan kedai-kedai yang menjual barang-barang runcit,
pakaian, pinggan mangkuk, keperluan dan perkakas dapur, kraftangan, perhiasan, ubat-ubatan tradisional, buku/majalah/akhbar
dan alat telekomunikasi. |
Perniagaan Perkhidmatan |
Seperti jahitan, salon rambut/kecantikan, studio gambar, kerja kimpalan, pendawaian,
bengkel motor, mekanik radio/TV, membaiki peralatan elektrik, pengiklanan dan membuat papan tanda, membaiki kasut, tuisyen
dan taman bimbingan kanak-kanak. |
Perkhidmatan Pengangkutan |
Seperti pengusaha lori kecil, bas sekolah, bas kilang dan kereta sewa. |
Pembuatan |
Seperti industri kecil memproses
makanan ringan, makanan basah dan kering, pembuatan sos cili/tomato/tiram/kicap dan kuih-muih. | |
Nilai pinjaman yang ditawarkan adalah seperti berikut:- |
i) |
Pinjaman
kali pertama dari RM1,000.00-RM10,000.00 |
ii) |
Pinjaman
kali kedua dan seterusnya dari RM1,000.00-RM20,000.00 | |
Pinjaman kedua dan seterusnya hanya akan
dipertimbangkan kepada usahawan yang mempunyai rekod baik bayaran pinjaman terdahulu. |
Cara Memohon |
|
1. |
Hubungi Pegawai TEKUN kawasan yang
terdekat untuk mendapatkan maklumat dan Borang Permohonan (YTN-1) |
2. |
Kemukakan borang permohonan yang telah dilengkapkan
kepada Pegawai TEKUN Kawasan bersama-sama dengan dokumen berikut :-
i. Gambar Pemohon (2 keping)
ii. Salinan Kad Pengenalan Pemohon dan Pasangan
(suami/isteri).
iii. Salinan Lesen/Permit/Pendaftaran Perniagaan. |
3. |
YTN tidak melantik agen/wakil/orang tengah dalam
urusan pinjaman TEKUN. Borang permohonan adalah percuma dan tidak dikenakan sebarang bayaran semasa membuat permohonan.
|
4. |
Sila hubungi Pejabat TEKUN Kawasan sekiranya tiada
maklumbalas selepas 14 hari dari tarikh penyerahan permohonan. | |
HOTLINE 24 jam : h/p: 013-260 2936 / 019-220
4543
: Francais_VZAM@yahoo.com
|