Make your own free website on Tripod.com

V-Zam's Ice-blended

Sertai Kelab Usahawan V-Zam's

Home | Thank you | Money Back Guarantee!! | Pendaftaran | Renungan | Francais | Sabah, Sarawak & Brunei | Photo | Pendapatan Lumayan | Cari Duit di Internet | Produk | Pertanyaan | Contact Us | Carta Organisasi | Lesen Perniagaan

VZamEnterprise                                                                                                                                  

17 Jalan 11,

TamanPutra                                                                                                                                 68000 Ampang

Selangor Darul Ehsan

Francais adalah suatu kaedah perniagaan yang telah terbukti berjaya di seluruh dunia. Dengan memulakan sebuah perniagaan francais sebagai seorang francaisi, usahawan tersebut telah berjaya memendekkan tempoh pembelajaran dan "trial and error” kerana operasi perniagaan berjalan secara mengikuti sebuah sistem perniagaan yang telah dikaji terlebih dahulu & ianya disediakan oleh francaisor.
 
Pengiklanan, sokongan dan latihan juga merupakan sebahagian daripada pakej francais yang ditawarkan oleh francaisor.
Justeru itu, program ini seharusnya diambil peluang oleh mereka yang mempunyai minat mendalam terhadap bidang perniagaan kerana konsep perniagaan francais itu sendiri berisiko rendah, berdaya maju dan lebih stabil.
 
Program perniagaan sebegini adalah amat bernilai sekali dan pastinya menguntungkan, insyaAllah.

boss.jpg

Terdapat 2 tawaran dalam perniagaan ini:
 
1) Permohonan untuk menjadi Stokis Negeri. 
    Modal hanya RM30 000. 
2) Permohonan untuk menjadi francaisi.
    Modal Permulaan Hanya RM2900.

Jika berminat, sila datang ke pejabat kami atau anda juga boleh menelefon kami ditalian:
HOTLINE: 019-2994577
VZam Enterprise
No 17 Jalan 11,Taman Putra
68000 Ampang
Selangor Darul Ehsan
 
V-Zam's Ice Blended
img_1141a.jpg
  • Peluang perniagaan secara francais.
  • Permulaan Modal Hanya RM2900.
  • Jangkaan titik pulang modal ialah 3 bulan.
  • Latihan disediakan.
  • Mudah Di pelajari.
  • Buatan Malaysia. ( Dibuat oleh orang Islam, bersih dan halal. )
  • Di Jamin Halal
  • Berpotensi & Pendapatan lumayan.
  • Anda boleh buka seberapa banyak cawangan yang anda mahu...

img_1143.jpg

  • Mudah Di kendalikan.
  • Gerai pasang siap & boleh lipat muat dlm kereta. 
  • Mudah dibawa kemana-mana & ringan.

Nota: Dengan hanya RM2800 kami menyediakan semuanya untuk anda serba lengkap!! Ini termasuk gerai, payung, gelas plastik, straw, "flavour-Powder", Jus buah-buahan, cold-box dan sebagainya.

Tingkatkan taraf ekonomi anda melalui program V-Zam's

Ingat!!....Orang gagal tidak suka apa yang orang hebat suka lakukan!!!
 
Orang hebat suka berniaga, maka untuk jadi orang hebat....?? Ceburilah bidang perniagaan, insyaAllah anda akan menjadi org hebat...
 
 
Kebanyakan antara kita masih bekerja dan berpendapatan tetap. Cuba kita imbas kembali pendapatan kita 10 tahun lepas? Jika gaji permulaan kita cuma RM1500, mungkin setelah 10 tahun bekerja gaji kita akan menjadi RM2000 sebulan tetapi ada antara kita yang kurang bernasib baik tidak langsung menerima kenaikan gaji.
 
  • Bilakah kita akan mendapat pendapatan min RM10 000 sebulan? 
  • Bilakah kita akan pencen lebih awal?
  • Bilakah kita akan dapat membeli kereta & rumah mewah?

Persoalan diatas hanya akan terjawab dengan cara "berniaga".

Bagaimana V-Zam`s Ice blended dapat membantu anda merealisasikan impian anda?

Anda boleh mulakan dengan part-time. Walaupun anda masih bekerja, anda boleh berniaga pada hujung minggu atau pada malam hari untuk mencari "side income".

Atau anda boleh mencari pekerja untuk menjalankan perniagaan anda dimana sekarang ini tenaga pekerja amat mudah untuk dicari kerana ramai remaja yang menganggur.

Atau anda boleh berniaga secara full-time dimana anda hanya perlu mencari lokasi perniagaan yang strategik untuk berniaga.

Bagaimana Anda Mendapat Pendapatan lumayan?

Untuk pengetahuan anda, ada diantara francais V-Zam's mendapat pendapatan mencecah RM500 sehari. Dan ada antara francais V-Zam's mendapat pendapatan RM250 sehari dengan hanya berniaga dihadapan sekolah.

Jika anda berniaga sebelah siang, anda tetap boleh berniaga disebelah malam di pasar malam atau ditapak-tapak perniagaan seperti tapak pesta dan sebagainya. Mungkin siang anda upah pekerja tapi sebelah malam anda sendiri bekerja atau siang pekerja A dan malam pekerja B.

Semua ini dapat dilakukan dengan strategi dan pengurusan yang baik. Satu gelas besar harganya RM3.50 dan harga gelas kecil RM2.00. Profit margin ialah lingkungan 50% segelas.

Jika anda menjual 100 gelas besar sehari:

RM3.50 ( gelas besar ) X 100 = RM350 ( keuntungan bersih Rm175 )

Pendapatan sebulan RM175 X 30 hari = RM5250.  

Jika anda ada 3 cawangan maka = RM 5250 X 30 = RM15750.

Pendapatan bersih = RM15750 - RM3000 (3 org pekerja) = RM12750

kioskvzam.jpg

Nota: Permohonan "V-Zam's kiosk" telah dibuka.

FRANCAIS DI MALAYSIA

Pasaran francais negara kini dianggarkan bernilai RM250 juta dengan kadar pertumbuhannya di tahap 3 peratus setahun. Kadar ini dijangka melonjak kepada 30 peratus setahun menjelang tahun 2020.

Perkembangan ini memberi peluang kepada peniaga bumiputera dalam sektor industri kecil dan sederhana menyertai perniagaan sekaligus meningkatkan jumlah bumiputera dalam perniagaan.

Menurut anggaran Kementerian Pembangunan Usahawan, di negara ini terdapat kira-kira 1200 francais yang beroperasi. Jumlah itu merangkumi 311 francais yang dibangunkan menerusi program kementerian itu. Dari segi statistiknya, bilangan itu bolehlah dianggap sebagai membanggakan walaupun kerajaan sendiri masih belum berpuashati dengan bilangan itu.

Ini terbukti apabila Malaysia disenaraikan di tangga ke-21 dunia serta tangga kedua di Asia selepas Jepun dalam pembangunan produk francais tempatan.

APAKAH SISTEM FRANCAIS?

Sistem francais adalah suatu perjanjian perhubungan antara sebuah entiti perniagaan yang sedia ada serta telah terbukti kejayaannya dengan pendatang baru dalam bidang perniagaan dan keusahawanan.

Pihak pertama ialah francaisor, pengusaha yang memulakan perniagaan dan mempunyai hak sepenuhnya ke atas perniagaan atau tanda dagang dan dia bersedia menawarkan hak perniagaannya itu kepada orang lain.

Pihak yang diberikan hak pula dipanggil francaisi. Dia diberi hak sepenuhnya untuk menggunakan nama perniagaan, jenama, logo atau tanda dagang dan kemahiran yang dimiliki oleh francaisor di satu kawasan dan dalam tempoh tertentu. Pemberian hak itu membabitkan sejumlah bayaran yang dipersetujui (yuran francais) di samping bayaran royalti serta bayaran-bayaran lain seperti yuran sumbangan penyelidikan dan pembangunan (R&D)  serta promosi.

Francaisi yang terbabit akan melaburkan modal, masa dan usahanya untuk memastikan kejayaan cawangan yang baru itu, manakala francaisor pula akan membekalkan produk bersama suatu sistem perniagaan lengkap yang terbukti kejayaannya meliputi segala aspek pengurusan, di samping sokongan yang berterusan dari segi pemasaran, promosi dan R&D.

Apabila seseorang francaisor itu menandatangani perjanjian dengan seorang francaisi :

1-Dia bertanggungjawab berkongsi pengalaman serta kepakaran dengan francaisinya

2-Membina dan menyediakan sokongan sistem operasi kepada rangkaian francaisinya

3-Memberi hak kepada francaisinya untuk mendapat faedah daripada pembelian secara pukal dan sumber-sumber korporat

4-Menjalankan aktiviti R&D, promosi dan penyelidikan pemasaran yang berterusan

5-Menyediakan latihan yang berterusan kepada francaisi di samping menjaga imej dan nama baik rangkaian francais itu.

Tanggungjawab francaisi secara umumnya pula ialah membangunkan pasaran, meningkatkan penguasaan pasaran dan memaksimakan keuntungan.

Makluman: Buat sementara ini kami tidak mengenakan apa-apa jua bentuk yuran francaisi. Namun begitu yuran Francaisi V-ZAM akan dikenakan pada suatu hari nanti dimana ianya perlu untuk francaisor membuat program pembanggunan produk, pengiklanan, R & D dan pelbagai program untuk memajukan lagi perniagaan francaisi ini. InsyaAllah kemajuan ini sudah pasti akan dapat kita kongsi bersama.

 

HOTLINE : h/p: 019-2994577